February 22, 2018

bakal menantu mama





hai koranggggg
lama tak menulis syok sendiri dekat sini. dalam keadaan blog aku yang tinggal nyawa nyawa ikan ni
tak sangka ada yang merindui tulisan aku. siap ada pm di facebook, menarik ke kisah hidup aku ni?
hahahaha  demi tak menghampakan peminat (perasan) saya kembali dengan entry baru.

ba dum tssss 

early this month, aku bawak dia balik ke rumah aku  untuk memetik bungan ditaman
berbincang secara serious a.k.a perjumpaan 6 mata antara dia and parents aku. oleh sebab dia tak tahu jalan , semestinya aku yang kena drive. Jadi menggeletis la manusia ni tadi. untuk pengetahuan korang semua orang yang naik kereta dengan aku akan mempunyai satu perasaan yang sama. 
iaitu perasaan serik yang amat dahsyat. padahal aku tak ada bawak laju pun. (denial).
mungkin darah jali racer yang mengalir dalam badan aku ni membuatkan aku perasan aku ni pelumba f1. 

sampai dekat rumah aku diorang ni berbincang la. tak lama lepastu jali racer pun sampai. hikhik.
untuk pengetahuan korang jali racer tu atuk aku. yang membesarkan aku dari kecil sampai umur aku 12 tahun. so mana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah kan. pertemuan 6 mata tadi dah jadi bermata mata dah. ahh tak kuasa aku nak kira berapa banyak mata ada kat situ.


oleh sebab parents aku ni agak awkward and aku pulak jenis tak sabar berlaki kan..maka aku pun pergi berdiri terus ambik kalendar bagi ayah aku.  :3

tapi tuntas, lepastu adik aku marah aku. suruh aku duduk tepi buat malu malu macam orang dulu buat.aku jadi terkesima kejap bila aku dengar gesaan adik aku. adakah dia gila? dah siapa bawak abang ipar dia tu balik . mestilah aku ni yang bawak. dah aku yang bawak, aku nak malu buat apa? 
=-=
aku cuma buat tak tahu sahaja dengan gesaan adik aku. aku kan  org yang tak suka slow progress.
matlamat haritu harus dicapai.oh ya sebelum korang tanya, baik aku jelaskan. boyfriend aku tak hantar rombongan meminang sebab aku yang suruh  sebab aku taknak susahkan dia, fyi, dia anak tunggal. ayah dia dah lama tak ada and his mom now dekat sarawak. dia yang tanggung mak dia. so, i guess this should answer you guys punya question kot. bukan melanggar adat. tapi jika adat itu menyusahkan so takpelah kalau tak ikut. sebab aku tahu makcik pakcik aku pun rajin baca blog aku jugak.



do i make myself clear?


tarikh dah ditetapkan cuma aku belum rasa aku patut war warkan disini tarikh sebenarnya. and venue juga dirahsiakan. and aku mintak maaf awal awal majlis perkhahwinan aku ni adalah majlis tertutup . 
keluarga sahaja. and if i invite you then you must be really special to me. 


aku kan tetiba jadi sebak sekejap sebab my old readers yang baca blog aku sejak aku masih kanak kanak riang, lepasan spm tak berapa matang sampai aku dewasa macam ni. i miss you guys a lot. walaupun jarak umur kita jauh, kakak abang blogger dulu sekarang aku rasa anak dia mesti dah masuk sekolah dah . diorang pun dah stop blogging. kalau dulu ramai blogger blogging for money, sekarang blogger yang stay lagi lagi blogger sendu macam aku ni. blogging to keep the memory alive. 






dah la korang , 
aku dah lambat pagi ni ada appointment.

wish me luck
xoxo

una mn



January 1, 2018

HAPPY NEW YEAR 2018 & Unforgettable Moment Of 2017





hello everyone .
it's been a while . selamat tahun baru semua!!!!! so for the first day of 2018 aku tak buat apa apa sangat 
just a lunch date with my boyfriend. hehehe XD


as usual aku bukanlah manusia yang terkinja kinja sangat nak sambut tahun baru. infact all my life 
aku tak pernah pergi sambut new year dekat dataran merdeka ke concert ke. Different people different way kan? actually satu je sebab dia. sebab aku lebih excited dengan bantal dan tilam.
for now i live tak jauh dari sunway pyramid.


sisturrrrrrr.... ketahuilah sesungguhnya bahawa..... dari pyramid tu nak keluar dari parking pun dekat setengah jam.. itu belum nak u turn bawah jambatan tu lagi sistur... klang valley ni dah la hari biasa pun jam dia teruk gila. tu kalau kau drive kereta jenis yang untuk travel ada banyak space tu. silap silap ko boleh buat kenduri dalam kereta ko tau. habis kenduri pun belum tentu ko boleh gerak lagi tu. dah siap berzikir ramai ramai baru dapat gerak tu pun secoet. 


oleh sebab saya dilahirkan bijak (perasan), maka saya membuat keputusan tidak keluar pada malam semalam. meskipun perut lapar macam orang gila tak makan setahun. ikutkan hati nak je aku pergi ss15 melantak rabokki grilled cheese tapi memikirkan jammmmm tak terdaya diri iniiii..



kenangan 2017 yang aku paling suka?


hmm ada banyak. banyak sangat fav aku. antarannya kelahiran anak kedua cousin aku ila yang bernama zidan harras. dia ni sejenis baby yang gebu tauuuuu. aku ni kan dalam fasa fasa sweet blood( darah manis. jadi bila tengok baby ni memang menggeletis dia lain macam. hikhik


lepastu hmm aku bertukar kerja. kerja apa, gaji berapa tu adalah private and confidential . yang pastinya aku suka dengan apa aku boleh belajar sekarang. so far okay la. hehe


next phase :D
ini sebenarnya macam sweet memory kitorang berdua. kitorang started untuk lebih serious. our relationship grow. dia pun dapat hadam aku ni sejenis singa yang kadang kadang jinak kadang kadang tak,and berkelakuan aneh lagi lagi bila tengah lapar. HAHAHAHA. 






berjaya berebut iphone x 256 dengan satu uncle cina. 

okay #doneriak . tak ini sebenarnya benda aku paling tak boleh lupa sebab baru terjadi beberapa minggu lepas. i've got him an iphone x . mula mula kitorang pergi dekat celcom centre di e curve . 
tapi stock dah habis. habis kedai phone area damansara tu kami cari memang tak ada. oleh sebab rumah aku dengan sunway pyramid sangat dekat. maka aku la pergi untuk dia. masa lunch break aku. 
masa tu memang tinggal satu unit je. terus aku mintak dia reserved sambil janji pukul 5.30 aku datang  balik . habis je kerja pukul 5 setengah terus aku shoot pergi celcom centre tu. masa tu ada satu uncle dah tanya pasal iphone tu. terus aku mencelah. sorry uncle i reserved that iphone already. 

muka uncle tu sedih gila. dia cakap. child i really wanted that iphone. as a birthday gift to my daughter. tapi aku insist nak jugak. rasa berdosa gila siot. tapi yelah karang aku bagi karang, adalah  makhluk duduk damansara tu merajuk dengan aku. sebab aku dah bagitahu dia aku dah dapat iphone tu. petang tu lepas habis kerja dia terus shoot datang pyramid. 

nampak tak muka bahagia dia tu? bersinar sinar spotlight pun boleh give up nak jadi spotlight XD.
ni muka lepas seminggu pakai. masih nampak bersinar ching ching kahkah.




May 2018 be a better year and we would continue grow together inshaallah.


k dah aku dah lapar ni perut dari tadi terfikir nak makan korea je ni. adakah aku akan keluar makan kejap lagi? itu yang kita tak tahu tu.




sekian. itu sahaja nukilan saya page 1 of 2018 :D


p/s: blog ni dah 8 tahun guys :D

September 16, 2017

FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW





           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain tak bukan fenty beauty.aku sebenarnya kan dah berhari hari keluar  masuk kedai belang belang tu hanya untuk try fenty beauty. sebenarnya aku menahan diri je nak beli make up ni sebab bulan ni aku dah banyak kali beli dekat sephora ni.so aku tak belilah sampailah tadi aku termimpi mimpi . so aku call bf aku mintak opinion . dia cakap beli la nanti malam mimpi lagi caner pulak .takkan awak nak pecah masuk sephora nak beli kot . =_='


jadi dengan hati berbunga riang seorang una dengan lajunya pergi ke sunway pyramid sebab dah tu je dekat dekat dengan rumah.sampai sana aku masuk and try swatch boleh kata semua la aku swatch.sampai naik menyampah masyarakat disitu. 
actually niat aku awal awal fikir hmm beli mascara tarte je la. sebab mascara aku dah habis.  
oleh sebab dah sejam setengah aku dalam tu aku ambik keputusan untuk beli je. aku tak beli foundation dia sebab macam korang tahu aku baru je beli too faced foundation born this way tu minggu lepas . takkan nak beli lagi kan. inshaallah ada duit lebih aku akan beli jugak because dia punya foundation memang smooth gile guys. primer dia pun memikat hati. boleh kata aku memang fall in love habis la dengan fenty ni.



untuk pengetahuan korang yang belum tahu. fenty beauty ni adalah produk rihanna. yer rihanna punya produk . 2 tahun rihanna ambik masa nak develop produk ni. dan nampaknya tak sia sia. korang boleh taip je review dekat youtube. hidup ni kita jangan nak malas sangat. kalau malas susah nak achieve apa apa. eh tetiba lak perempuan ni :p. mula mula masa dia launch aku macam tak berani nak pergi try sebab yelah rihanna kot mesti mahal gila. tapi 2 hari lepas masa aku pergi try aku tergerak hati nak tengok harga dia. ler. murah dari too faced, tarte. foundation dia rm145 sahaja and ada lebih 40 colour range. too faced rm152. faham tak? faham tak apa aku alami. oleh sebab my purse tidak berapa setuju dengan niat membeli melampau aku tu. so ni jelah aku mampu guys.aku beli  highlighter duo ni rm145 jugak harga  dia  and aku beli mascara aku yang dah habis tu,



 aku plan nak beli match stix trio lepas ni sebab murah sikit dari beli satu satu . match stix ni kalau beli satu rm105 . beli 3 rm 230 so jimat rm85 kat situ. nanti aku nak try pergi situ bare face and try pakai semua make up fenty tu. kalau aku tetiba gojes aku beli . HAHAHA


sekian itu saja 


nanti aku cerita lagi mengantuk pulak tetiba


ttyl

una mn


September 8, 2017

The Benefit Bigger & Bolder Brows and Born This Way Foundation Flash Review





well hello readers, 

2 days ago i got a surprised gift from my boyfriend which was definitely made me happy.  the box of happiness i must say. i've been eyeeing these for months but i didn't buy it because i don't even know this box exist. i use to try on their product seperately which cost rm125 individually. because i wanted to use it all together then i just forget my will. gila kau nak ke beli mahal gila kot. rm125 individually. and then i don't know how my boyfriend boleh tahu kewujudan box ni. terasa loser seketika bila dia kata dia beli box ni for rm180. i'm like whattttt?

rm180 only? 
yes he said. and then later he show me the sephora website . dia kata dia just bukak and survey harga. because it is affordable then he went to sephora one utama. with a lil help from sephora's sale assistant he managed to get the right shade for me. 

so my review on this product?
i like to give this box a solid 10 because it got everything i need to groom my eyebrows. tengok je la gambar senang. dia punya gel guys... sumpah it's not the same from the drugstore product. i tak hina orang guna drugstore product okay please understand . i just bagitahu yang product ni expensive sebab dia punya kualiti pun bagus. gel  dia korang sapu sekali pun dah buat kening korang nampak berfleek sangat. and aku rasa berbaloi sebab benda ni tahan lama. instead of the stick one. 


this is why i love you :'D (terharu sambil lap hingus)

and later on yesterday , my friend soren whom are working at singapore right now ask me to make a price comparison. she want's to know the laura mercier foundation punya harga dekat malaysia. because dekat sana would cost her rm250 after convert to myr .so dengan hati berbunga riang aku pun pergi. mula mula tu tak ada rasa nak beli apa apa.  tapi after movie with bella aku ajak beliau teman aku untuk terus beli foundation born this way from too faced.actually aku memang perlukan satu pun. selalunya aku pakai cc cream from korean je. harga dia ni rm152 . berbaloi la bagi aku sebab sekali swipe je dia dah boleh tutup cela dekat wajah aku. patut pun harga dia mahal.



my review on the too faced born this way foundation?
coverage  : good .
will i repurchased this? : definitely .
from scale 1 to 10 i gave this also the solid 10. sebab shade dia masuk dengan kulit aku. 
sis tak sabar nak guna foundation ni esok . mohon esok terus lawa macam pretyy zeinta.


mohon sangat. 


actually banyak benda lagi aku nak tulis tapi nanti tulis kata sis riak pulak. (lap peluh).
tu bukan riak tu nama dia sharing bodo. eishhhh small small don't die. big big trouble people

buruknya pantun bahasa inggeris ni. terasa seperti dak dak wicet . nauzubillah (PEGANG TASBIH):'D



k bye bye tu je nak citer.

geraklu pape roger.


September 2, 2017

Una Mn food Diary boat noodle x godiva






hello people!
korang apa khabar baik ke tidak? sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya korban untuk korang semua.aku dekat sini hanya mampu facetime je dengan family sebab tak balik beraya di kampung opah. 2 days  ago, aku dengan bella telah berjimba jimba di mytown cheras.
ala yang sebelah ikea tu. sajalah aku pergi sana untuk berjalan jalan dengan cousin aku kejap dengan harapan dapat berjumpa jodoh. *kidding*

hahaha nanti ada pulak yang bengang bila baca post ni.
tak sayang tak.. i tak curang dengan you. jangan merajuk nanti i rindu ;P
(#shyafiqashrafselamanya)

over kan perempuan ni?

basically that was a makan day for us. kitorang makan dekat boat noodle je. 
tbch, that was the first time i eat there and sumpahh guys sedap gila namati.
i tak nak mati but sumpah sedap. fyi before this i tak nak try sebab i think why should i eat a pricy bihun sup sedangkan i boleh beli kat pasar malam?


aku tahu orang start gila boat noodle ni dah bertahun tahun lepas tapi aku baru nak try. 
damn noob kan?for those who are not interested to try and want to know how it taste like

lemme tell you something. that is not a basic noodle. u need to trust me on this. i am food lover. 
when i said the food is damn nice, you must try. just look at my size guys., just look at my fat. 
 XD

so kudos to bella because she paksa me to try and that paksaan makes me fell in love on the first bite. and not only that. all the food that was served to me also nice.



the sangkaya bread served with a pandan sauce poured with coconut milk got a heavenly taste. 
the bread wasn't  toasted but steamed instead. can you imagine how it taste like?a very fluffy and soft bread with a creamier and soft pandan dip?


the somtam pulak was a fried vege with some asam kuah poured on top of that somtam, gave you a very crispy serving with mild savoury taste. camne nak cakap entah. eh sedaplahhh.aku lupa nak ambik gambar somtam tu. korang boleh follow ig diorang klik sini


thai iced tea. this was also nice . not too sweet not too pahit a very mild one. soft and creamy .
faham tak rasa dia macam mana? selalunya lepas minum benda manis nak air mineral kan?this one no. this one tak menyebabkan korang tercari cari air mineral.


and tbch jugak. i pergi makan boat noodle 2 times that day. for lunch and dinner. dinner i makan dekat pyramid. i ordered sangkaya bread and some spicy chicken cincang with a rice (i forgot the name already) but that one was really good too. 



after eating kitorang pergi tengok movie abang long fadil.nanti kalau rajin aku buat review k? and then after the movie finished we went to several stores until we met a godiva store. godiva mytown cheras tak macam nu sentral ada tempat duduk. n/p soft serve dia rm23 but semalam promo , buy a second soft serve in a single receipt would receive 50% discount. so macam langkah kanan pulak kitorang kan jemah?




bella on her first trial . she loved it! and just now, she said she missed the taste. i am too but dah pukul 2 pagi dah tutup XD. 


last but not least,

i am looking forward to our next food session and i hope we could bring a long our troops not just two of us.


till then

ttyl

una mn :)






August 19, 2017

JD TRAINER MASSIVE SALE AUGUST 2017



hello people..

2 hari lepas kan masa aku cuti aku sajalah jalan jalan dalam sunway pyramid. sebab pertama dekat dengan rumah. sebab ke dua boyfriend aku kerja tak dapat teman aku yela nama pun satu tempat kerja kan. aku cuti dia kenalah kerja melainkan ada manager ganti.sampai je sana aku laju je menuju ke sephora. maklumlah nak melepaskan rindu. kahkahkah. aku pergi section benefit dulu. masa tu dalam hati sumpah aku dilemma sampai aku up status apa aku patut beli kasut atau make up?


dan aku mendapat respon yang agak bagus jugak dari kawan kawan. padahal boleh je aku nak beli tak payah tanya tanya . tapi yelah sekali sekala riak apa salahnya. kiddingg..

aku update tu sebab aku dah tak bole buat keputusan. bila aku tanya boyfriend aku jawapan dia.
jimat sayang tak payah membazir kita nak khawin kan.


X'D

tu je la respon dia. tapi tuntas,
dia harus tahu dia berdepan dengan makhluk degil keras kepala tetapi comel. (perasan)
oleh kerana "sokongan padu" boyfriend aku tu. aku beli kasut. hahahaha by the time aku upload and send gambar kat dia . dia cuma mampu face palm saja.



maafkan bakal isterimu wahai sayang.

so nak tengok tak rupa kasut aku beli tu?
gais.. even korang tak nak tengok pun.. aku tetap upload jugak sebab ni blog aku. so kalau tak teruja tu masing masing dah besar kan. jagalah hati aku sikit. buat buat teruja je please? :3






tadaaaa... camtu la rupanya . aku beli adidas. sebab tapak dia tak licin.pink kan jemah?
hahaahahah. selain dari kasut , ada jugak sweaters pants berjenama yang diorang jual dengan harga discount jugak. jadi inilah masa untuk korang pergi serbu JD SPORTS cepat cepat sementara stock masih ada. jadilah pengguna yang bijak. 



Jika anda inginkan produk dari JD Sports dengan harga diskaun, boleh sebut code ini
nescaya mereka tak kenal dan sila bayar jelah dengan harga promosi tersebut. XD


ala jangan lah marah . gurau sikit pun tak boleh. :p



trivia :

current promo yang una mn tahu 

Victoria Secret : buy 1 free 1 (rm145 for 2 bottle body mist)
H&M : recyle your clothes and get discount coupon .
Charles & Keith : Discount for bags and purse until end of this month.
Sasa : Discount for eyeliner/brow liner 3 for rm30 to 3 for rm90 . Meet matte               Trimony for rm189 . n/p (rm209)


till then ,
ttyl. 

UNA MN











August 17, 2017

THE COLOUR RUN 2017






Hello nyah nyah semua. (astaghfirullohalajim)
today aku nak update tentang satu program berlari lari anak yang aku attend last week.FYI program lari lari yang dinamakan colour run ni dah lama ada, tapi aku je bimboo baru tahu. benda ni nationwide. almost every country ada.
my boyfriend la bertanggungjawab mengajak aku join event ni 3 bulan lepas.Bagi yang mengenali aku secara dekat mereka tahu yang aku mana suka pergi program lari lari ni. kalau kau suruh hiking ke, kayaking ke benda benda masuk hutan ke aku suka. tapi kalau suruh aku lari mintak maaf la sister susah sikit la. Lagipun program ni program berbayar . aku kena bayar rm80 3 months ago. sebab aku early bird. kalau last minute engko beli harga dia rm90. aku ambik regular pax je. boyfriend aku ambik deluxe (rm120). mesti dalam kepala otak korang fikir nak lari pun kena bayar ke? weh berbaloi weh sumpah . dah la macam macam merchandise dia bagi. aku ada update  last week rupa  bentuk merchandise dia. nak tahu ? rajin rajin la baca entry lepas kay?


What Is Colour Run?


colour run basically aktiviti larian sihat sambil bersuka ria. diorang bagi colours dekat korang so korang boleh baling kawan kawan and even strangers with colours. macam  hari holi la tapi yang ni kena lari. korang akan dapat medal dekat garisan penamat.and in the end ada dj akan pasang lagu atas stage and baling merchandise percuma . it looks like a gig because the dj was realy into that song and the participant  dance to the song. if you guys jenis "menjaga" i mean tak suka rapat rapat dengan strangers or opposite sex. korang tak payah pergi la last tu. boleh je duduk tepi makan macam macam makanan kat situ.so if you ask me is it worth my money? i'd say yes.. definitely. aku lari 5km tapi aku rasa macam sekejap je aku lari. korang nampak tak betapa bagusnya program ni? lepas tu ada milo truck so korang boleh minum percuma. bagi yang bawak beg dia ada satu tent besar gila and place untuk letak your belongings. aku pergi aku tak bawak beg tak bawak baju ganti. hasilnya habis je program aku buat muka tebal naik mrt balik e curve hikhik. tapi aku jenis berhemah. sebab ko dah tahu ko kotor don't sit or bersandar. sampai je curve aku dengan shyafiq beli baju and terus tukar 
sebab kitorang nak keluar. 


ini adalah rupa boyfriend aku selepas bermandi warna. ni bukan dia saja saja simbah eah.every station kitorang lalu akan kena sembur dengan colour. colour tu jenis senang hilang pun.korang mandi confirm hilang. antara warna warna yang ada, purple,blue,yellow,red,green.

          event ni ramai artis jugak join sebab event ni fun. kira korang lari sambil bergembira. boleh update instagram dengan  background colour colour cool gila namati. antara yang join ialah elizabeth tan,wak doyok, and ada jugak menteri menteri seperti khairy jamaludin (menteri hipster digemari ramai) serta anak kenamaan seperti anak tpm kita nurul zahid. 


              lovebirds ni request nak gambar flat lay camni. ni aku tak edit apa apa              tau.aishah and juwai. gambar aku pun ada gak tapi sebab mok sangat
           tak sanggup nak letak XD
           

       ni semua impromptu. aku plan awal awal nak pergi berdua je dengan shyafiq . and then last minute  aishah and juwai. lepas tu yaya and apit. so 6 of us pergi naik mrt. juwai ,apit and aishah naik dari mrt ttdi. aku, yaya and shyafiq naik dekat e curve (persiaran surian).




this is after run kitorang dekat station red colour. apit je nampak bersih sebab dia kecik dia pandai lari dari orang yang sembur colours tu.



some other pic of strangers.









   and that's how i spent my weekend last week. i will definitely go the event next year. 


till then ,
ttyl .
una mn

bakal menantu mama

hai koranggggg lama tak menulis syok sendiri dekat sini. dalam keadaan blog aku yang tinggal nyawa nyawa ikan ni tak sangka ada yang m...