December 29, 2011

harini bakal menjadi hari yang memenatkan.

assalamualaikum
good morning people. 
start dari semalam una dah kelam kabut. otak dah tak reti nak berhenti berfikir 
rasa nak tercabut otak ni terbahagi lapan.
semuanya gara gara sem ni una nak graduate dan una masih tak tahu bahawa una memerlukan sijil spm una
 yang masih bertapa di sekolah teknik kuala selangor dengan jayanya .



yeah! padan mukaku.
18 januari ni borang graduate  dah nak kena hantar .
segala result dari sem 1 sampai sem 5 wajib disahkan bersama-sama sijil spm
sekali lagi padan muka yang tak terhingga kepada diri sendiri kerana telah menghilangkan result sem 1 sehingga sem 3. dan dengan sungguh rasa bebal una terpaksa membayar  rm10 setiap result yang hilang.
T-T.

kecewa bukan kepalang.
una telah terpaksa rela men' skip kelas mr james
pada hari ini dan esok gara2 nak ambil sijil spm di kuala selangor
sesiapa yang tak tahu kedudukan geografi  mari una jelaskan bahawa bandar kuantan dengan kuala selangor bukanlah dekat . 

una bertolak tengah malam khamis . 12.30 dari kuantan sampai sahaja di klang sentral pukul 5.00 pagi. 
 exhausted bukan kepalang kerana bas terbabit lalu gombak, lalu pudu sentral , dan kemudiannya petaling jaya , shah alam  dan barulah klang. dimana sebelum ni tak payah lalu pun tak apa. =-='
una telah mengesyaki bahawa pemandu bas terbabit sengaja menyeksa una yang betul2 penat dan pening di dalam bas.



SO sekarang una sedang menunggu kaunter bukak ,
una harus bergegas ke ke kuala selangor an di kuala selangor kena ambil pula bas loncat sebab sekolah teknik kuala selangor agak jauh ke dalam sedikit ye tuan2 dan puan2.

 selepas selesai haruslah jua una balik ke rumah dan  sabtu petang una perlu balik semula ke kuantan T-T


una telah mengisytiharkan minggu ini adelah minggu penat seumur hidup.

p/s:kepada adik2 yang baru habis spm, sila ambil segera sijil anda nanti ye. kalau tak padanlah muka anda nanti =-='

No comments: