October 11, 2012

aku masa lalu dan kereta :)

 
dulu semasa aku masih kecil aku selalu tertanya-tertanya kenapa pakcik makcik aku kalau berkumpul je cakap pasal kereta, asal berkumpul je cakap pasal kereta.dan selalu jugak aku dan sepupu-sepupu aku bergosip (sila bayangkan budak 8 tahun bergosip macam mana)tak jauh beza pun dengan orang dewasa gossip ,bezanya orang dewasa gossip nak kasi jiran tetangga dengar dan budak-budak gossip main bisik-bisik kat telinga
 
 
 
fadhilah : ijat betul ke bapak ko nak beli kereta baru?
aku: entah aku mana tahu, mana ko dengar?
fadhilah : aku dengar bapak ko sembang dengan tadi.
aku : ohhh, hurrmm pelik orang-orang tua ni kan?
fadhilah : haah pelik, buat ape beli kereta banyak-banyak satu
           cukuplah kan boleh pakai lagi..
aku:  haah orang tua ni membazir kan?
 
 
 
okay itu adalah aku satu ketika dulu. pergh nampak tak sikap terpuji tu?okay mengumpat tu bukan sikap terpuji tapi sikap berjimat cermat aku sewaktu dulu memang boleh diberi pujian tahu?.
 
 
sekarang ni bila aku dah besar baru aku faham kenapa mak ayah aku suka sembang pasal kereta , baru aku faham bila keinginan memiliki telah muncul di sanubari ku.*ayat puisi  A samad said lagi*
mohon jangan diminta royalti  :)
 
 
aku pun dah terupdate satu lagi kereta impian aku yang memenuhi citarasa dan kehendak aku, cuma  tak memenuhi satu je , poket. sekarang ni sebagai manusia yang sentiasa berfikir aku nak lah start dari sekarang buat apa yang patut demi yang dihajatkan.
 
Dan kereta itu ialah....




FORD FOCUS !!!!!
 
dengan izin ALLAH aku akan cuba dapatkannya, ini semua bukan tujuan berlagak tau ini semua adalah keinginan dan kehendak sendiri, aku tak pernah meletakkan sesuatu kehendak untuk menunjuk-nunjuk bagi aku kehendak aku tu sebagai hadiah untuk diri sendiri, hai nur izzati husna, sila usaha lebih lagi untuk diri sendiri ye? nanti jangan lupa hadiahkan diri sendiri benda-benda baru. *monolog dalaman*
bagi aku inilah bahagia,inilah hiburan aku, aku tak perlu ke kelab malam untuk berhibur,aku cuma perlukan diri sendiri .
 
 
 
 
 
 
p/s: membeli pakai duit sendiri adalah lebih manis :)





No comments: