March 29, 2013

genap 22 tahun






2 hari lepas , genaplah umur aku 22 tahun . dengan tak semena-mena aku telah berubah tanpa perancangan. aku ni pelik sikit orangnya . aku seorang yang random .
kadang-kadang aku musykil dengan diri sendiri. aku ni minat  apa sebenarnya?
tapi oleh sebab diri aku  sejak azali macam tu aku malas nak memaksa sangat . Kalau aku fikir  teruk teruk pun  aku bukan dapat jawapan ye tak? .  Jadi pada umur 22 tahun ni aku tak celebrate macam selalu. Dulu kek 2,3 kilo sekarang tak lagi. inilah sambutan hari lahir yang sangat simple . Tak ada surprise tak ada apa hukhukhuk  boyfriend pulak kerja  jauh bertambah-tambah la penyiksaan aku. OH TUHANNNN !!! T-T
apa aku nak buat dengan 7 hari panggilan percuma tu? apaaaa???

dah tak payah nak pilu sangat ... =-='
pada hari itu aku telah membeli beberapa potong kek dan menghadiahkan diri sendiri  komik  lawak kampus jild  8 . Simple tak ? simple tak nyah????
simple khonnn.. bukan macam korang harijadi je macam nak buat kenduri.. boo!!  (padahal aku jeles ) HAHAHA. adik adik bertuah aku tak ada sorang pun wish birthday aku ,tapi ada sorang je ingat ... siapa dia?
adik perempuan aku .. nama dia aqilah. sebab apa dia ingat? sebab birthday dia sama tarikh dengan aku . aku syak mama abah aku.... hmm tak pelah kita citer topic lain! NEXT! ;p
 
 
 
 
ini bulat. kucing kesayangan mama. dulu dia rapat dengan mama je tapi sejak 2 menjak mama pergi kursus ni dia rapat dengan aku. gambar kat atas ni aku snap masa harijadi aku dia naik atas almari. orang lain buat party aku main dengan kucing. NICE . tapi takpe walaupun bulat ni seekor kucing yang garang, gemuk, tak mengenang budi , suka mencakar dan suka membuli namun dia je la satu-satunya makhluk yang akan teman aku bila aku tinggal sorang kat rumah. agak-agak aku takut sikit aku ajak dia main. korang jangan tak tahu kepakarang kucing aku ni ialah bermain nyorok2. adik aku ammar yang latih dia . tapi nahas la kalau kita penat taknak main dengan dia .. memang tunggulah dapat hadiah berupa cakaran sedas dua.
 
tapi haritu aku jumpa sisi comel kucing ni, di sebalik perangai tak semiak dia  ni
(semiak = tak senonoh dalam loghat perak). kat bilik aku ada 1 penimbang berat yang aku guna untuk..? untuk timbang berat la  takkan main masak-masak pulak ye tak? . aku letakkan di penjuru bilik. Aku tak tahu ape kes kucing ni dia pergi naik atas scale tu . terkejut aku bila tengok berat dia. biar benar 10 kg?  samaada scale tu rosak atau memang berat dia  10 kilo. dalam gambar ni korang Nampak dia kecik tapi sebenarnya aku lebih rela dukung bayi daripada dukung dia.. lenguh badan.
 
 


eh jap aku tadi cerita pasal birthday aku kan? kenapa tiba-tiba cerita pasal kucing? sorry dah melalut jauh sangat . akan tetapi tak mengapa ada baiknya aku ucapkan selamat tinggal dulu . sini hujan .. bantal dah memanggil! kbye :)

No comments: