August 18, 2013

kaitan antara aku dengan dora the explorer .

masa cepat berlalu . rasa macam baru semalam aku pack baju nak balik kampung. tapi biasalah apa yang kita rasa seronok tu la buat kita rasa masa cepat berlalu. takkan mengada ngada sangat universe ni nak pedajal kita kasi cepat putaran bumi kan?


hai sekarang aku dah balik rumah sewa. memang rasa tak puas sangat sangat . macam macam kenangan tahun 2013  yang tak sama macam tahun lepas. dulu masa aku kecik kecik , aku seronok nak beraya sebab nak duit raya jer. tapi sekarang aku dah berubah. (you dont say?? )



aku rindu suasana nak berkumpul , gelak gelak macam pontianak tu serius rindu sangat. walaupun amir kata nak tolak aku keluar dari kereta masa kat lereng bukit sebab aku gemuk (dia bergurau)
walaupun hassan tak habis habis sakat aku pasal berat badan aku . namun aku tetap happy, sebab perangai syaitonnirajim diorang ni lah yang bagi aku gelak. boring la pulak kalau jumpa cousin tiba tiba tanya pasal kerja, atau pasal soalan matematik tambahan spm apa yang aku tak dapat jawab masa spm 2008 haritu.



boring la kannn.. jadi semua topik kami sembang nak nonsense je. well cucu haji razali memang macam tu. kalau tak nonsense tak sah. lagi lagi tahun depan cousin kami yang paling sulung (ila) dah nak khawin. lagilah rasa macam tacing tacing gitu. dulu kecik kecik main berhingus,tiba tiba kau nak khawin dah ila..( nangis sambil tekup muka kat bantal)

tak sesuai la aku nak sedih patutnya aku gembira. she's 27 already memang patut pun dah khawin. aku?
aku rasa macam umur 30 pun belum tentu khawin lagi.. duit tak cukup,aku rasa tak boleh beri komitmen and etc .


kadang kadang aku overthinking. kadang kadang apa kita expect atau plan akan jadi lain. contohnya aku.kisah hidup aku tak macam dora the explorer. korang mesti dah boleh expect ending dia. walau 10 ribu kali korang bagi arahan salah , menjerit jerit depan tv  nak kasi dia sesat, dia tetap ikut storyboard yang artist  dia sediakan  kan?



everytimes aku sangka A selalu end up jadi c . unexpected everytime. siapa sangka orang yang suka mengatur hidup nak masuk mrsm,A level seterusnya ke UK untuk jadi saintis (ni cita cita aku zaman sekolah rendah tau)akhirnya aku ke path engineering yang aku tak penah fikir pun. selalunya aku brainstorm nak reka apa bila aku baca majalah tunas sains je. end up habis study setakat diploma, and bakal sambung degree part time jer.


tak kiralah macam mana pun hidup korang start, dan berombak tsunami, korang mesti kuat nak bangun balik. dulu adalah 2,3 coretan mengarut aku penah post kat sini. life conflict :)



dan sekarang ni pun aku tengah konflik gak ni, tapi minor problem je. opss pasal title aku yang mengarut tu. well aku dan dora tak ada kaitan sekian.

3 comments:

Wahidah BME said...

Kita semua merancang & usaha yg terbaik. Selebihnya Pencipta kita yang tetapkan mana yg terbaik

Aku suka entry kau una ^^ Hik3.

Unamn said...

tu lah kita ni rancang je boleh .. yang tentukan DIA :)

wardah said...

Assalamualaikum..salam ziarah!!

Jemput ziarah blog saya ;)
http://supplementforall.blogspot.com/