February 9, 2014

setelah sekian lama mendiamkan diri.. mempersembahkan....... edisi make up and me!

hi lovelies.


sejak dua menjak ni, aku agak aktif membeli make up make up setelah hampir beberapa tahun tak berapa nak aktif. Minat pun dah berubah kalau sebelum ini aku asyik pakai make up heavy tak kira siang dan malam tapi sekarang tidak lagi. Ohh ya dalam 2 tahun kebelakangan ini adalah tempoh rehat dimana aku jarang bermake up dan boleh kata tak ada make up heavy. Segala pallete pallete lama aku dah tinggalkan di kuantan . Habis je study, aku punya malas nak packing aku tinggalkan mereka begitu sahaja.



hehehe.

jujurnya pallete pallete tu dah nak habis sebab tu aku buang and dulu aku pakai maybelinne.
Maybelline ni kualiti shimmering eyeshadow dia agak bagus walaupun murah tau! :)

okay let's talk about the present


sekarang ni aku mempunyai minat mendalam pada make up line seperti mac , sephora,etude house(ni pengaruh ailyl rozanna),benefit dan juga nyx.


Ini antara yang aku beli baru baru maaflah tak boleh nak upload semua .

2 ni dah lama aku usha baru ada duit nak beli yerlah , masa jadi student dulu harap duit parents je takkan nak beli kan?
ni dah ada duit sendiri baru lah beli. Oh ya aku beli Mineral powder dengan fixing make up spray.
Sebenarnya aku datang Mac tadi  tu nak beli concealer dia tapi code yang aku nak dah habis, so daripada aku bazir masa aku baik aku beli je dua ni, produk pun bagus tak salah beli :)

sorry la  gambar ni berselerak sangat memang aku ni jenis tak berseni .. 
tapi kita ketepikan pasal seni tu  Pallete ni aku baru beli 2 hari lepas dari itu house,
Etude house sekarang tengah buat promotion beli 3 barang dapat 30% discount . Tapi pallete yang korang nampak tu tak termasuk 30% discount tau. sebabnya dia dah discounted item. harga asal rm80 lebih macam tu tapi sekarang jadi rm30 something . Bagus kan strategi marketing diorang?

tu yang berlubang poket aku bila masuk situ .Ah lantaklah janji puas hati.. oh ya etude house yang ohsem ni siap bagi banyak free sample tau, antaranya cc cream,cleanser,bb cream dan wiping tissue (kat gambar tertulis baking powder tu ha) hehe bukan baking powder nak masak yer jemah, ni wiping tissue untuk bersihkan make up.

Apa yang aku beli dari etude? 
antaranya ialah
1)make up pallete
2)Mascara
3)lash curler

dan satu lipliner jenama biasa je warna fushcia but the quality is very nice rm5 je doh ! and brown eyeliner dari elianto.


Setakat ni make up line yang aku paling suka ialah mac sebabnya dia punya kualiti. Bagi aku soal mahal jenama tu untuk menunjuk nunjuk tak penting. Yang penting ialah kualiti. Kalau mahal macam mana sekali pun kalau kualiti tak ada aku takkan beli  . Aku pernah je  jumpa make up mahal gila bapak sampai nak nangislah aku rasa tapi kualiti kureng lebih baik aku beli make up pasar malam daripada aku beli jenama tu. Jenama apa? Aku tak boleh bagitahu kat sini, kalau korang nak tahu email je la aku  karang tak pasal pasal kena saman pulak dah satu hal hikhik.


Opss cerita pasal make up ni aku nak selit selit sikit lah make up wishlist aku. Sekarang aku dah macam make up hunter dah, tapi insyaallah aku cuba control supaya tak berlebihan. Kang tak pasal pasal macam tepung gomak pulak ;p





ni ha antaranya.. sebenarnya banyak lagi .. tapi aku malas nak nak pergi google. 
aku suka make up yang buat aku nampak muda. orang suka cakap aku nampak tua mungkin sebab aku gemuk kot.


Weh tuaaaa ke weh ? tua ke macam ni?? T-T





ahhh sudahlahhhh aku tahu aku nampak pucat dalam gambar ni.
tapi takpe lepas pakai mask elianto ni aku harap aku tak pucat lagi jyeahhh yakin boleh! ;p






p/s: kualiti gambar berbeza beza sebab lighting tak cantik dan kamera juga beza beza :)





















2 comments: