February 27, 2015

Aku, kerja dan bussines . Oh dilemma!


  

Lama aku tak update muka sendiri. Mempersembahkan rupa terbaru tuan blog versi berselendang. Yang dah lama baca blog ni mesti tahu yang dulunya tuan blog ini free hair. Sekarang masih proses istiqamah lagi. Sebenarnya semakin kita cuba nak jadi baik makin besar dugaan yang kita hadapi. Aku rasa macam rewind je kisah 3 tahun lepas. Korang tahu kan aku dah jobless 2 bulan? Agak ralat sebenarnya keputusan 
Berhenti aku buat atas sebab sebab kukuh jadi terpaksa la tanggung akibat dia. Sebagai manusia biasa kadang kadang terlintas la jugak dekat hati ni Kenapa la tak boleh nak  macam orang lain? Maksud aku yelah tak ada masalah kerja. Tapi bila difikirkan balik orang lain pun mesti pernah lalui dugaan macam aku jugak. Sekurang kurangnya aku ada family yang boleh tanggung aku.. Tak boleh bayangkan kalau jadi dekat orang yang dah tak ada siapa siapa kat dunia ni. 
Aku adalah jugak buat bussiness sikit sikit aku ada terfikir nak laburkan duit aku tu kepada modal nak ambik stock produk vitamin a.k.a collagen ni .Vitamin tu memang bagus pun. Produk kurus dia pun bagus kawan aku dah cuba. Cuma aku mampu nak jual ubat collagen tu je la. Ubat kurus tak boleh sebab aku sendiri gemuk macam mana aku nak jual? Melainkan aku try ubat tu dulu. Aku memang spesis yang takkan jual benda yang aku tak pernah cuba. Pada pendapat aku kepuasan customer adalah sangat sangat penting.  Korang jangan salah sangka , aku nak jual vitamin tu bukan nak berlagak aku putih ke apa.. Tapi sebab aku yakin dengan keberkesanan vitamin tu. Budak yang kena toreh kat muka di kelantan tu pun makan. Elok weh kesan parut dia tinggal sikit je. Kulit putih bersinar sinar. Founder produk melayu plak tu. Produk apa lagi tak lain tak bukan ialah produk dianz  vitamin. Eh eh terpromot pulak padahal aku belum jual pun lagi. 

Tapi kalau korang nak bagitahu jelah kat aku . Hehehe aku still in contact dengan founder dia. 

1 comment:

Sya said...

TT^TT Tahniah dah bertudung. istiqamah itu susah tp jgn putus asa ye! aja aja fighting!