February 18, 2015

Movie Review : Villa Nabilla







Sepatutnya aku dah tulis movie review ni 3 minggu lepas. Tapi Oleh sebab aku baru teringat nak post So yeah.. Baru sekaranglah aku nak tulis.


Villa Nabila merupakan penceritaan semula berdasarkan pengalaman pengalaman dan kisah benar yang digarap oleh syafiq Yusuf. Pada permulaan cerita ia menunjukkan tentang satu watak yang beria ia untuk mendapatkan maklumat tentang kisah villa Nabila sehingga membawa kepada pertemuan dengan pihak ke tiga (pekerja kontrak )yang pernah bekerja dengan  kontraktor yang mendapat kontrak untuk merobohkan villa Nabila. lakonan semula oleh pekin Ibrahim dan beberapa watak lain sebagai pekerja kontrak yang baru mendapat tender untuk meruntuhkan villa Nabila. Pada Hari pertama bekerja berbagai bagai gangguan dialami oleh pekerja kontrak tersebut termasuk watak lakonan pekin Ibrahim. Igauan mimpi tak berkesudahan membuatkan pekin nekad ingin berhenti Kerja. Namun insiden yang berlaku kepada bosnya sehingga beliau dimasukkan ke hospital membuatkan dia terpaksa mengambil alih tugas bosnya.Masalah demi masalah berlaku ketika ditapak kerja. Gangguan demi gangguan mematahkan semangat pekin namun kerana kesempitan hidup terpaksa diteruskan jua. Sehinggalah 1 insiden besar terjadi di villa berhantu itu. Apakah yang terjadi kepada mereka? Dapat  pekin menghentikan igauan makhluk yang menganggunya itu?

Nak tahu? Kenalah tengok sendiri. Kalau dekat wayang dah tak ada cari lah cd atau dvd dia okay? :D


Movie Rated : 3 Star (sebab ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki)
Genre : Seram
Pelakon : Pekin Ibrahim dan beberapa watak lain tak diketahui nama sebenarnya.

sebelum ni aku ada tulis kisah sebenar versi rakyat setempat kat blog ni. kalau nak tahu cerita di sebalik villa Nabila ni.. klik sini

No comments: