August 10, 2015

Una Life Update : Seminggu Yang Packed, Jalan jalan, makan dan kerja baru! :D



hello, assalamualaikum korang.
lama aku tak update blog ni. well tak adalah lama sangat tapi aku dah berjanji dekat diri sendiri nak tulis precisely kenangan kenangan indah kat blog ni. kalau setakat makan cekodok dengan lempeng takkan aku nak tulis kan? sebab dalam masa seminggu ni aku memang busy hari hari keluar jadi aku tangguhkan la penulisan entry tu sehingga ke harini ni. i promise i'll make it short. XD


3 august
basically harini ini ialah hari membeli kain. makuda decide ke jakel mall kl untuk memenuhi permintaan customer beliau. dekat situ macam macam ilmu aku dapat. aku kan spesis main belasah je.asal cantik dimata aku , aku ambik. so lepas ni aku tahulah kain macam mana jenis sejuk, jenis sesuai buat jubah. so tak ada lah berpeluh selori nanti. XD.



4 august
pada hari ini bella my cousin ajak kami keluar. dia nak belanja makan kata dia. dia bawak kami ke the street cafe subang jaya. cousin aku yang dua orang tu dah biasa pergi. aku je baru first time makan dekat situ. tbch, aku bukan kpop fans (sorry) but my cousins and pakcik makcik kebanyakannya layan kpop and kdrama. orang lain menjerit2 suka tengok running man aku boleh tertidur tengok program tu. ye, aku tahu aku membosankan. tapi demi untuk tidak membantutkan mood cousins kesayangan aku tu aku pun join je diorang makan. bukan aku keluar duit pun. 
fully sponsored kot! XD.


yang nasi tu aku punya. sebab aku kan masih beginner so aku takleh nak terus makan korean food. so untuk sesi berjinak jinak ni. aku ambik sikit sikit je makanan orang lain. yang mee berkeju kuah merah tu nama dia rabouki. menurut bella , dalam banyak banyak rabouki dia pernah makan. dekat the street cafe paling sedap untuk dimakan. kira orang melayu kita boleh terima. aku dah rasa memang sedap!


dalam banyak  banyak makanan yang aku cuba ini paling best! patbingsoo a.k.a korean abc.kalau korang ingat warna merah tu cherry korang silap. itu adalah kuih beras yang pop dalam mulut . tak tahumacam mana nak cakap tapi korang kena cuba! XD


5 August 
kami keluar pusing pusing pyramid, beli sedikit barang sebelum kami mula bekerja anddddd 
oleh sebab hati ada sedikit senang. aku belanja tengok wayang . cerita fantastic 4. best gila. and i'm working on review right now. hahahaha sebelum aku lupa baik aku buat. walaupun tak ada siapa yang peduli tak apalah , sebab aku tulis pun untuk rujukan diri sendiri di masa akan datang.  XD.



6 August 
Kami sekali lagi ke jakel,tapi kali ni ke jakel shah alam. lepas jalan jalan ke butik berhampiran and minum petang di seksyen 7. kami kembali ke rumah. Malam tu kami pergi beraya di rumah paklong kepada bella di ampang.


7 august
GLC Open Day 
Banyak jugak company yang turun masa tu. segala tok nenek ceo turun. masa tu ko nampak siapa sebenarnya pemilik syarikat gergasi kat Malaysia ni. Antaranya mat salleh la.tapi kau jangan harap la nak cuci mata tengok mat salleh hot dan kaya. sebab kebanyakan pemilik syarikat dah tua tua. kahkahkah! haritu mood aku tak berapa baik sebab aku takdapat masuk gara gara ic aku hilang! nasib baik cousin aku dapat masuk so dia je la yang dropkan resume aku sekali. lepas je drop resume.. kami bertiga ke midvalley nak survey outlet. tapi korang paham paham je la azab dia macam mana. hari jumaat! peak hours plak tu naik lrt. dari klcc nak ke kl sentral. yelah, kan ada event lumba kereta tu lagilah ramai manusia. sampai mid aku dah surrender. mood nak jalan pun dah tak ada. serious! tapi sebab aku nak kena gak tengok bakal tempat kerja tu. terpaksa la. manager satu outlet yang aku tak payah mention nama kot. biarlah rahsia hahaha. 


cousin aku yang gembira, tukang tangkap gambar tak berapa ceria hari ini XD


8 August
basically harini ialah hari yang tak berapa nak ada mood jugak. sebab aku asyik terfikir pasal ic aku yang hilang. hahaha nasib baik boyprend gua seorang manusia yang cool. dialah pujuk. untuk redakan kesedihan aku tu, dia belanja aku makan tennesse chicken dekat tgif sunway pyramid and tengok movie . aku tengok mission impossible " rough nation" haritu. ramai cakap cerita ni tak best. tapi bagi aku cerita ni best. sebab agak clean. tak ada aksi atas katil. so budak budak boleh tengok! XD.



9 August 
semalam kami ke mydin petaling jaya, untuk memenuhi permintaan customer makuda jugak. 
she's talented you know. taylor ni boleh duit especially di bandar sunway ni. makuda tak ada bukak outlet semua kerja buat dekat rumah tapi mampu beli 2 buah rumah, dan 2 buah kereta.




this is how tenesse chicken looks like. sedap!
air strawberry passion  fruit pun sedap!
thanks love :)

lepas makan aku masuk sephora saja saja usha make up.
nampaknya kena banyak menabung. banyak sangat nak beli:D

my favourite port . bene tint ni memang fav aku. since benda ni overpriced
so pandai pandai pilih yang mana paling diminati untuk dibeli.


10 august
today, aku patutnya masuk kerja awal tapi sebab ini hari pertama and orang yang sepatutnya bagi explaination dekat aku pasal kerja cuti so aku masuk pukul 5. pagi tadi pun aku sempat ke jpn petaling jaya untuk buat ic baru. KENA dennda pun kena dendalah.ada masa sikit tu aku taip blog tu. aku niat nak kerja sementara je dulu kat sini ambik experience. tapi kalau okay tak salah nak teruskan sebab gaji dia offer agak berbaloi. first time aku jadi manager ni bidang berbeza plak tu. sebelum kerja bidang construction. i hope i could perform well. Aaamin! 

2 comments:

dariilhamkehati said...

Salam singgah dari blog review the Queen :D

Unamn said...

haiiii XD nanti i lawat blog u k?