September 15, 2015

aku di zon keliru , machine guy and what kind sorcery is this?




hai salam midnight

aku dah beberapa hari dalam keadaan celaru sebabnya iphone aku buat hal
then tadi aku pergi midvalley machine centre. dia kena seberang bridge yang depan fos tu.
sampai situ lepas daftar. aku di assist oleh seorang brother ni. aku pun cerita masalah aku.
muka aku dah macam perempuan meroyan ditinggal suami dah. ko boleh paham kan perasaan meroyan tu macam mana? 


machine guy : ye cik, apa saya boleh bantu? ( dia senyum tengok muka aku yang macam pompuan gila tu)

aku : phone saya buat hal. charge maintain 1% je kenapa eah?

machine guy : kita cuba dulu ye cik? ( beliau senyum seolah olah tiada masalah besar di dunia ini)


lepas tu dia panggil customer lain. sebab diorang boleh layan 2 customer dalam 1 masa. aku duduk diam kat situ dalam beberapa lama gak. lepastu  secara magiknya aku tengok battery aku naik. 

ciskek betul perangai beliau.


dia suggest aku tukar adapter! 

YA ALLAH ADAPTER JE KE? AKU FIKIR ROSAK SEBAB AKU CUCUK CABLE DEKAT LAPTOP PUN DIA TAK NAK CHARGE!


ILMU HITAM APAKAH INI?

aku menjerit di dalam hati. lama aku tenung muka beliau. beliau tengok aku ..

beliau tanya..


kenapa cik? ada apa masalah lagi saya boleh bantu?


hmm tak ada apa apa,. ni berapa nak kena bayar ni encik?


tak payah free je. bukan buat apa apa pun. beliau gelak tengok muka aku yang blur tu

then aku ke machine beli adapter pulak. 2,3 hari lepas aku beli cable.

ko boleh bayangkan berapa banyak duit aku dah  habiskan bulan ni? T_T tssk tssk




aku balik outlet aku charge.. lama gak.. dia naik. then dia start buat perangai. then dia okay balik.

ni sekarang aku kat rumah sedap menaip entry ni sambil mengecas phone untuk kerja esok. tetiba dia buat perangai gak. aku di zon keliru. haruskah aku kembali ke centre terbabit?

haruskah?



aku syak kalau aku pergi kali ni tukar battery confirm kena rm397 tu.
matilahh nakkk ...



p/s: kau kena tabah una benda benda camni memang selalu jadi. apa kau nak heran sangat? =-='

1 comment:

Anonymous said...

3310 je la una...wakakakaka...ipong leceh...