September 20, 2015

kejadian memalukan gila babi namun kelakar tak ingat dunia ( at least aku rasa kelakar okay)



good morning!


semalam banyak benda kelakar jadi namun agak memalukan jugaklah. benda benda macam ni korang memang tak dapat elak! aku antara salah seorang manusia yang selalu membuat kesilapan yang memalukan diri sendiri sampai rasa nak lari ke bulan . tapi seyes ahhh. hidup ni boring kot kalau tak ada hari memalukan diri sendiri macam tu. kira tahap termalu tu boleh dikatakan boleh la menjadi bahan untuk berbual dengan anak cucu kalau tua nanti.


kahkahkah!

first macam ni!

SEMALAM... staff aku ada buat mistake yang tak boleh diterima akal.maka sehari suntuk 
aku terfikir nasib diorang and apa aku nak jawab dekat GM nanti . oleh sebab aku kusut pasal hal tu, benda tu telah memberi kesan kepada seluruh mood aku pada haritu. so segala benda yang aku buat semalam tak berapa nak menjadi. 

aku terpaksa full day semalam sebab ada staff tak dapat datang. korang paham kan kerja bidang f&b ni macam mana? tak kiralah jawatan ko apa sekalipun. apa-apa hal jadi kat outlet kau orang pertama kena back up dulu. so dengan redha aku full day. malam tu aku kena jadi partner dengan akmal.



akmal datang pukul 6 setengah(sebab dia budak part time). masa malam ni lah start kejadian memalukan tu terjadi.  aku tengah dekat kitchen. basuh basuh something sambil tu aku nyanyi lagu korea bae bae . alah lagu big bang tu... . akmal dekat depan pack cupcake customer. kitorang ada buat lucky draw tau. previous customer ada dapat 1 single cupcakes percuma. aku nampak ada satu single cupcakes tersorok dekat tepi tu . aku ingat aku nak jerit lah tanya dekat dia. 


dialog dah prepare dalam kepala " weh.... tu siapa punya tu?"


tapi korang tahu apa aku sebut? korang tahu?????


instead of weh... aku tersebut dan terjerit sekali... " BAE!!! KEK SIAPA TU"



AND SEBUTAN BAE TU MACAM SEBUTAN "B" PUN ADA"


korang faham kan? B tu apa? ( B tu macam korang panggil husband korang" 


B.....

YA ALLAH.. MALUNYA AKU!


B? B? 

B ? una ? B?


aku dah menyumpah nyumpah diri sendiri dalam hati. akmal terdiam kejap. mesti dia terkejut dengar aku panggil dia B.
then aku try act cool tapi sumpah tak jadi...


ada awkward moment sebentar tapi... tak cukup dengan kejadian tu. tak lama lepastu..
aku decide nak cuba tenangkan keadaan. aku ni memang spesis pemalu sebenarnya tapi ye lah kan ..

orang kalau dah termalu bila dia nak cover up , dia end up memalukan diri sendiri lebih teruk lagi.




sebelum akmal datang... aku ada beli kat news lipton ice tea taw. sekarang kan ada promo buy 1 free 1 .sebagai penggemar green tea and ice lemon tea mana mungkin aku lepaskan peluang sebegitu rupa.

masa akmal datang tinggal sebotol je air tu . yang sebotol lagi pun dah tinggal separuh.
lepas kejadian memalukan yang terpanggil dia B tu aku decide nak topap bahan untuk icers esok. aku tolonglah diorang buat chochlate cream cheese


akmal nampak aku punya air tu . dia teringin kot. dia pun pergi news. tapi dia beli heaven on earth yang buah markisan tu . sambil tu dia cerita air dia tu sedap gila.. aku pun macam okayyy..



sambil aku buat cream cheese tu.. akmal tolong cairkan chochlate chip.. sambil tu kitorang sembang pasal kasut nike la, rosherun la. keje aku dah settle tinggal tunggu chochlate dia je nak cair. aku berpaut tangan kat cermin tu. dekat tepi cermin tu aku nampak botol air tea tu la kan.


aku capai pastu aku minum je. eh sedap nya teh ni.. tapi kenapa rasa dia lain?


spesis orang yang gelojoh ni kan dia main sebattttt je nak minum... bukan nak tengok botol dulu.


rupanya! tu botol akmal!


aku pun apa lagi merah muka malu rasa cammmmm arghhhhhhhh!!!!!

apa benda ko buat ni una? budak tu dah minum separuh kot! separuh!

means aku minum bekas dia. aku taklah geli ke apa..


tapi kan.. cam malu lah jugak..


aku : akmallll sorryyyyyyyyy aku terminum air kau!!!!! ( jerit dengan muka merah sampai tekup tapak tangan kat muka malu punya pasal!)

akmal : gelakkkkk (dalam 5 minit dia gelak)  lepastu dia geleng2 kepala tak cakap apa2


aku keluar duit 3 ringgit. weh aku ganti balik duit kau. ambik lahhhhhh.



dia taknak. aku pandang lantai. tak sanggup aku pandang muka dia. mesti dia menyesal dapat manager perangai entah apa apa kahkahkah! 

aku letak duit tu kat tepi. memang dia tak ambik weh. lepas coklat dia siap, aku pun beat lah sekali.


orang dah termalukan buat buatlah busy. then dia tanya aku..

dia: sedap kan air heaven on earth tu?dulu aku suka lipton tapi sejak aku minum air ni aku tak minum air lipton tu dah. 

aku : ( angguk angguk je sebab dah malu)

ciskek.. aku lagilah rasa serba salah. dia paksa aku ambik balik duit aku tadi tu..nasib baik beliau manusia yang cool.  habis kerja aku suruh dia balik dulu.


sepanjang jalan nak balik.. aku gelak sorang sorang. aku syak orang yang bertembung dengan aku mesti ingat aku gila.



lepas ni kalau nak minum air camtu lagi.. aku akan pastikan aku check botol dulu! malu woi...



P/s: kadang kadang seronok gelakkan kesilapan sendiri. una, una apa entah perangai! XD








No comments: