December 24, 2015

Tutorial online shopping di Zalora (Entry Bergambar)



Assalamualaikum,
selamat tengahari korang dan salam maulidur rasul. Hari ni ahkak nak "Payung" sikit
tutorial pembelian dari zalora. Meskipun kaki shopping sekalian dah biasa beli dari zalora namun janganlah anda begitu angkuh . bagilah daku chance nak buat entry ni untuk rujukan mereka mereka yang nak beli tapi tak yakin. nak beli tapi takut atau tak reti. 

okay cut the crap, mari terus kepada tutorial shall we?







first step, sila pergi ke laman web zalora dan daftar akaun korang. free je sign up silap silap boleh dapat discount voucher lagi. sekarang  kan tengah YES(year end sale) so sure banyak barang barang murah gila korang boleh dapat. kalau dah sign up proceed kepada login. 


dah sign up? dah log in. sila jangan lupa ya letak alamat korang. better letak alamat rumah yang berpenghuni la. jangan la pulak korang duduk universiti, parents pergi travel ko letak alamat rumah . lepastu kau nak expect barang kau sampai cepat. =-=' sila lah logik sikit. lepastu alamat tu biar jelas, janganlah tulis short form. ko ingat posmen tu semua ada masa nak cari maksud shortform kau?
kau ingat diorang tak ada kerja lain? *eh emosi tiba tiba*




lepastu korang scroll la carilah baju mana yang korang berkenan. oleh sebab aku minat baju 
ni . nampak macam kewl gila kan ( read : cool). nak order tu kau click la add to bag.
jangan pulak click add to wishlist. memang masa checkout tak adalah benda tu keluar. 
ingat tau. add to bag tau. lepastu jangan lupa  pilih size yang betul. korang boleh check ukur lilit sekali so tak adalah sampai sampai size tu terlalu besar or terlalu kecik untuk korang.


okay ni adala payment method. so korang kalau prefer cod. boleh la click cod. tapi aku prefer by post je. so aku proceed dekat online banking. siapa ada credit card pun boleh jugak.online banking korang boleh guna maybank2u, RHBnow,CimbClick,Ambank,Hong Leong dan Pbe Bank sahaja.



after check out, buat payment semua dia akan keluar macam ni. 
ni tandanya order korang dah confirm. nanti korang boleh track barang korang tu dekat mana.
mudah gila kan?




nanti barang aku dah sampai aku update lagi. ni honest review tau.  kalau aku rajin aku pergi la posing dekat mana mana dinding macam remaja hipster dekat luar sana. ekekeke



p/s: k guys aku nak pergi kerja ni. 


No comments: