February 10, 2016

Movie Review : DEADPOOL











deadpool mengisahkan seorang lelaki bertopeng merah bernama wade yang dahulunya bekas tentera namun kemudian dibuang daripada tentera entah apa sebabnya aku dah lupa. wade kemudian menjadi gangster berbayar yang mengambil upah menggugut, membunuh, membelasah orang yang jahat dan melindungi orang yang ditindas. wade jatuh cinta pda vanessa pelacur di sebuah kelab malam dan kemudian berhasrat untuk membina hidup baru. Namun begitu sebelum hasratnya tercapai, wade disahkan menghidapi barah serious yang boleh meragut nyawanya. Pada suatu hari wade didatangi lelaki bersut kemas yang menawarkan rawatan dan jaminan untuk sembuh daripada penyakit dihidapinya. wade pada mulanya menolak. Namun memikirkan masa depan bersama vanessa , wade pasrah dan bersetuju untuk menerima rawatan tersebut.



disitulah wade bertemu ajax ataupun nama sebenarnya francis seorang doktor mutan yang hensem tetapi gila, yang mendera wade sehingga wade bukan sahaja bertukar menjadi mutan yang ingin dilatih sebagai hamba untuk dijual tetapi menjahanamkan rupa kacaknya juga.oleh sebab itu wade menyimpan dendam. dalam masa yang sama  2 mutan lain, seorang lelaki besi bersama remaja punk menawarkan pertolongan kepada wade dengan syarat wade bersetuju menganggotai kumpulan mereka. Seperti biasa wade yang gila menolak pertolongan itu. Namun kemudian, setelah mengetahui vanessa di culik franciss wade tidak mempunyai pilihan. 



persoalannya 


dapatkan wade mendapatkan vanessa kembali hidup hidup? mampukah mereka bertiga menumpaskan mutan yang hampir mustahil mati itu? dan dapatkah wade mendapatkan kembali rupa konon konon kacaknya itu?


korang kena tengok



movie rated : 3 star 
genre : action comedy 
cast members : ryan reynold sebagai deadpool  a.k.a wade 
                       ed skrein sebagai ajax a.k.a francis
                       gina carano sebagai angel dust
                       morenna bacarin sebagai vanessa
                       tj miller sebagai weasel
                       brianna hildebrad sebagai negasonic 

adakah aku sarankan korang tengok movie ni? : not really . if you are not into a flashback movie. movie ni banyak flashback and perkataan lucah. not for teenagers and kids (obviously). dan tak sesuai juga untuk golongan cepat terpengaruh.





p/s: tengok jelah movie lain woi! hahaha kuajar gila kau una! 


No comments: