February 21, 2016

pulih semangat dan nyawa tak dijual di shopping mall



sejujurnya aku masih takut nak memandu apa apa jenis kenderaan sejak excident tahun lepas dan beberapa tahun lalu. baru saja nak pulih semangat aku ni beberapa minggu lepas aku hampir kemalangan sekali lagi. syukur tuhan panjangkan nyawa tapi semangat tu seolah olah ditarik tarik. esok aku kena report duty dekat shah alam . jalan raya di petaling jaya ni tak macam tempat kerja lama aku dulu jalan kecil aku tak berani lagi bermain main dekat highway. mujurlah tadi dia ada tunjukkan jalan pergi dan jalan balik. hmmm nak taknak aku kena beranikan diri juga. semoga semangat aku kembali pulih dan semoga kenderaan esok "behave" sikit ye? entahlah jujurnya aku memang gementar. berpeluh tapak tangan ni bila fikir balik kereta yang laju laju dekat atas jalan tu. entah apalah yang diorang nak kejar sangat . macam nyawa boleh beli dekat kedai. kalau konfirm masuk syurga tak apalah juga, ini dosa pun menimbun. 



sorry kalau ada yang terasa, memang kasar tapi ni la hakikat. kadang kadang bawa laju laju tunjuk hero pada orang, tak fikir kereta depan belakang kiri kanan tu kot kot ada anak kecik ke? tak fikir kot kot orang depan tu baru pandai memandu ke. aku memang tak boleh tolerate dengan orang yang suka bahayakan nyawa orang lain.ya ini bandar bukan kampung. aku tahu tapi kat bandar ke kat kampung ke still nyawa tak ada jual dekat shopping mall kan?


so sayangi nyawa anda, kalau rasa tak sayang nyawa pun pandu berhemah sikit sebab orang lain sayang nyawa diorang. JANGAN SELFISH.



k tu je nak membebel. aku nak iron baju kejap. berdebar pulak rasa hahaha




No comments: