September 21, 2016

stress dan buah oren



hai guys


sejak dua menjak ni aku rasa agak stress di tempat kerja. bukan sebab ketua  aku bagi banyak kerja tapi sebab aku memang dah sedia banyak kerja. biasalah kerja zaman sekarang mana ada tak stress . semua tempat sama je. bila condition macam ni berlaku , aku belajar nak faham semua orang. betul kata orang mustahil kau dapat benci orang kalau kau faham keadaan dia macam mana.

aku sebenarnya stress sebab aku tak capai target aku. tu je. aku ada certain target yang aku set tiap tiap hari apa aku nak buat. kerja apa aku nak settlekan haritu. tapi macam biasa .. mestilah ada halangan dan ujian melintang pukang dalam hidup ini. 


aku ni pelik sikit. kalau aku stress aku suka duduk sorang sorang makan buah oren .(buat masa sekarang) . tak tahulah apa kena mengena buah oren dalam kes aku ni, nak kata effektif pun tak jugak tapi sekarang habit aku macam tu sekarang. 

 sic aku si shyafiq tu memang dah sedia ada banyak kerja. kadang kadang aku kesian gak tengok dia. tak meletup ke otak dia fikir pasal beban kerja dia yang melambak lambak tu kan? aku yang jadi assistant dia pun rasa tak sanggup je tengok paperwork melambak lambak .nak menjawab dengan orang atas, angkat call explain macam macam. kadang kadang nak pergi toilet pun tak sempat guys. serious. 

aku terima kenyataan yang dalam adult world ni hidup kau penuh dengan responsibillities. staff aku sekarang alhamdulillah okay okay. degil tu biasalah tapi boleh la cooperate jugak. semua orang ada kisah hidup masing masing yang aku rasa aku tak perlu cerita kot kat sini. Apa yang aku boleh buat sekarang ialah tolong shyafiq tu apa aku mampu , and work as a team. kerja staff pun aku buat sebab aku rasa aku tak ada beza pun dengan diorang. diorang manusia macam aku jugak. kalau aku boleh tolong apa salah aku tolong.


aku rasa aku nak independent sikit la lepas ni. asyik asyik kacau ketua aku . kadang kadang dia tengah cuti pun aku kacau. kesian la pulak. nanti dia cuti 10 hari aku akan trylah avoid  kacau dia selama 10 hari. tengoklah camne nanti berjaya ke tak. aku harap orang hq pun try untuk tak melibatkan dia untuk benda kecik kecik yang aku boleh settle. 


aku ni maybelah kuat menangis, kuat membebel dah jugak sekarang tapi dalam hati aku ada taman,kahkahkah. aku respect privacy orang sebagaimana aku nak orang respect privacy aku. 



one thing aku belajar sepanjang aku bekerja kat sini ialah how to make people trust you, sometimes people don't really have a choice. aku sekarang just buat kerja aku, berkawan dengan semua orang.and kalau cuti aku akan keluar release tension. 










No comments: