March 4, 2017

past is past and birth month wishlist. XD





hello people XD.


dah lama kan tak tulis dalam bahasa melayu?
dah lama jugak aku tak menulis kat sini. kalau dulu amboi kau hampir setiap hari aku menulis.


perihal lama.

jujurnya.. blog  ni banyak simpan kenangan aku dengan yang lama dan kenangan waktu college.
dan aku harap yang baru tak terasa hatila.



banyak jugak kawan kawan lama aku bertanya. macam mana boleh putus,kenapa putus?
korang dah lama kot. bla bla bla.


jawapan aku simple je. 

TAK ADA JODOH.

dengan yang baru? alhamdulillah aku happy. gaduh gaduh kecik tu biasalah. tak normal la tak gaduh
tak cemburu. cuma setakat ni hal hal biasa je la. dengan yang baru ni pun aku cuma mampu usaha je la.jodoh kan ALLAH tentukan.


bila jumpa orang baru and actually kitorang in secret relationship yang tak adalah secret sangat dah pun sebab kewujudan mulut mulut bocor di dunia ini maka aku rasa hampir semua dah tahu kot.
so biarkan jela.



tertarik dengan yang baru waktu dia dengan aku masing masing ada yang punya. tapi putus bukan kami minta lah. semua ada sebab terlalu private nak cerita. harap yang tahu senyap senyap je la eah.

orang kata make peace with your past so your future pun boleh la bahagia sikit.
aku tak ada problem dengan ex dia yang sememangnya dekat je dengan tempat kerja aku.macam ditakdirkan pulak aku pindah branch tu. so setiap kali aku bank in duit sale, aku mesti nampak muka ex kepada bf aku yang sekarang ni. 


sebab sebab aku tak perlu risau ialah

1)dia baik
2)dia dah khawin
3)she's pregnant


and aku nampak dia bahagia dengan suami dia . so biarlah dia. meskipun agak curios jugaklah nak tahu pasal dia. ataupun the exact word is ... agak macam teringin nak jadi kawan dia. pelik kan makhluk bernama una ni?


sebab aku rasa past is past. yang dia ni pulak pun tak adalah rasa jeles dengan ex aku
cuma adalah haritu dia suruh tukar no.

sebab sebab dia tak perlu jeles

1) aku dah suka kat dia
2) ex aku dah tak contact aku dah
3) aku tak boleh suka lebih dari 1 lelaki dalam 1 masa.


bf yang sekarang memang 180 degree berbeza dengan yang lama which is nice to know or to fall in love with completely different person. bf aku sekarang sejenis manusia yang kaki movie (lebih hardcore dari aku),yang boleh aku cakap macam human being wikipedia. ko tanya je apa ko nak tahu pasal tech ke isu semasa ke dia tau. master pokemon go yang sangat berdedikasi. 

serious weh dia siap ajak aku pusing taman klcc teman dia cari pokemon dia, berpeluh iolzz. lepastu jalan dalam suria mall nak cukupkan kilometer dia sebab nak hatch telur. 

and dia die hard fans man.united, adidas and nike. and also  a very good in shopping online.

aku kan boleh dikira kategori rajin shopping tau dulu. sekarang dah kurang.tapi dia tak
kategori rajin dia sampai kau rimas setiap kali barang sampai..

"eishh apa benda pulak awak beli ni?" 


11 street,lazada, zalora. u name it. paling selalu tu 11 street la. sampai last year 11 street bagi dia hadiah tablet sebab frequent buyer kan. 

and not to mention dia punya bagusnya .. suka naik public transport. the good thing is keluar dengan dia jimat. why?

aku kira kira la kalau drive minyak kereta, tol lagi tak lari la rm50. belum parking lagi.

kitorang selalu naik mrt tu , pastu naik bas seringgit pastu naik monerel gi klcc. cost? under 20 sekali keluar.
jimat kan?
cepat pun cepat. jem pun tak jem..


selalu dia marah aku suruh berjimat walaupun dia tak la berjimat mana 

(aku harap harap dia tak baca entry ni)


kalau baca,

ekhem sorry sayang.. i tak kutuk you.. i puji ni . hikhik.




dia selalu encourage aku buy for value. so sejak tu aku tak kedekut dah dengan diri sendiri.
benda nak pakai lama kena jaga elok elok. contohnya kasut.
aku cakap jujurlah sebelum ni aku pakai je kasut rm20 rm30
kasut uptown. tapi sejak kenal dia ni aku beli sekali terus yang satu harga 3,4 ratus. sebab tahan lama.


aku ni comot sikit compare to him. aku suka bergaya tapi still serabai tak tahu kenapa.


adakah aku ditakdirkan menjadi serabai?
entahlah nak..


kahkah.

oh ya sekarang ni dah bulan march ni. bulan birth month aku.

jadi dapatkah aku capat wishlist sebelum 26 tahun ni?


kita tengok jela nanti.

till then.

ttyl,

love 

Una Mn :)




No comments: